rindu abah
cerita 1
ketika itu aku masih bersekolah rendah.
"abah..nanti abah balik kerja, ella nak aiskrim tau!!!"laungku dari rumah flat bertingkat 3.
cerita 2
masih lagi bersekolah rendah. darjah 2. aku sekolah petang.tak larat nak panjat tangga sampai ke tingkat 3.abah yang awal-awal lagi dah naik atas,turun kembali setelah hampir setengah jam aku masih lagi tak sampai di rumah.abang turun untuk dukung aku ke atas.
cerita 3
aku demam.ketika itu mama masih dalam pantang selepas bersalinkan akim.abah bawa aku ke klinik.abah dukung dari tingkat 3 ke bawah.sampai di klinik aku baring di atas paha abah sebelum doktor panggil masuk ke dalam.bila doktor panggil,abah dukung lagi.
cerita 4
aku masih demam.abah basahkan kepala aku untuk kurangkan panas badan aku
cerita 5
masa aku berumur lebih kurang 4 atau 5 tahun,aku ada sebuah basikal roda 3 yang rendah itu.tapi aku malu untuk bawa basikal itu ke taman kerana bila aku mengayuh basikal itu di atas jalan tar,bising yang amat.
pulang dari sekolah,aku dapat basikal baru.abah bagi.
cerita 6
semasa aku belajar mengayuh basikal tanpa roda kecil itu bersama abah,aku jatuh.dahi ku berdarah.abah dukung bawa pulang ke rumah.habis baju abah dengan darahku.abah ubatkan aku.
cerita 7
basikal lagi.aku dapat nombor 1 masa darjah 1.macam-macam aku dapat hadiah dari abah.salah satu ialah basikal lerun.
cerita 8
ketika menetap di berek polis itu,bekalan elektrik selalu terputus.satu berek terpaksa bergelap.abah tau aku panas tidur malam itu.abah bangun kipaskan aku.
cerita 9
"abah.kasut sukan ella dah tercabut tapak"...abah terus belikan yang baru.
rindu mama
cerita 1
masa aku masih kecil,aku mudah terpengaruh dengan drama tv melayu.ketika itu aku lihat ramai anak-anak kecil lari dari rumah kerana bergaduh dengan ibu bapa.mereka lari ke taman permainan.aku juga pernah berniat begitu.aku kecil hati dengan mama(lupa sebab apa)..aku kemas baju-baju simpan dalam beg.aku ingin lari ke taman permainan.mama nampak.mama cakap "ella nak lari tu,makan la dulu"..mama umpan aku dengan udang masak lemak.aku berhenti makan.terus tak jadi lari sebab termakan umpan mama.
cerita 2
aku demam.mama tak tidur malam menjaga aku.kesian mama.
cerita 3
mama suka marah-marah.aku merajuk.aku nekad untuk masuk asrama bila masuk sekolah menengah.gigih aku belajar menguruskan diri.aku basuh baju sendiri walaupun di rumah ada mesin basuh.aku bangun pagi sendiri.aku kemas barangku sendiri.aku uruskan diriku sendiri.semuanya adalah untuk membuktikan bahawa aku boleh hidup sendiri.aku masuk asrama.tapi 3 hari sekali aku akan suruh mama datang melawat.
cerita 4
abah garang.dia kunci kami 3 beradik (ketika itu) di luar rumah kerana pulang lambat setelah mengaji al-quran.
kami bukan buat jahat.cuma kami bermain polis entry selepas mengaji.
mama kesiankan kami kerana kami belum makan malam.mama hulurkan nasi melalui tingkap.air basuh tangan juga melalui tingkap
(akhirnya,kami berjaya masuk ke rumah dengan memboloskan diri melalui tingkap itu tanpa pengetahuan abah)
cerita 5
masa aku di asrama,aku selalu pulang ke rumah ketika hujung minggu.ketika itu aku sangat suka makan cucur bilis.aku suka bawa cucur itu ke asrama untuk makan bersama rakan taulan.setiap minggu,mama akan bekalkan aku satu bekas cucur untuk ke asrama.ada ketika itu,aku merajuk lagi kerana mama tak sempat menggoreng cucur itu kerana dia ada hal di pejabat.mama tau aku merajuk.mama bancuh bancuhan itu siap-siap dan supaya memudahkan aku menggoreng (ketika itu aku belum pandai memasak.goreng ikan pun gagal.sumpah aku cakap)
cerita 6
aku sakit gastrik ketika menghantar mama naik bas malam itu.mama pesan suruh abang aku ke klinik.setengah jam sekali dia telefon tanya keadaan.tak dapat hubungi aku,dia hubungi en.firdaus.
cerita 7
"mama,nanti ella balik,ella nak makan nasi lemak,nasi ayam,nasi kerabu,laksa sarawak,mee jawa,bubur pedas"...selang 2 3 hari aku akan pulang ke rumah,"apa dia ella cakap nak makan hari tu?"mama tanya.
banyak lagi cerita yang aku ingin coretkan di sini.tapi aku tak mampu..bergenang air mataku ketika menaip entry ini kerana teringatkan mama dan abah.
p.s:walaupun mama dan abah kita jarang meluahkan kasih sayang kita dengan perkataan,mereka lazimnya meluahkan kasih sayang mereka melalui perbuatan.
p.s.s:sayangilah mama dan abah kamu.
ELLA SAYANG MAMA DAN ABAH