sepi
aku sendiri
melewati hari-hari
datang dan pergi
suram
hendak ku tangisi
tiada berair mata
segala yang terjadi
mesti ada sebabnya
namun
masih kukaji
masih jua kuteliti
sebabnya
teringat
kisah zaman kecilku
selepas merangkak
ingin pula ku bertatih
jatuh, luka hanya mainan
kerana keinginan untukku berdiri
berjalan di atas kaki sendiri
kini
aku mencari kembali
kekuatanku ketika itu
bila jatuh
haruslah aku berdiri
bangkit kembali
untuk meneruskan perjalanan hidup ini
aku ingin
menjadi lebih matang
agar aku mampu
berdikari dengan sendiri
aku sendiri
melewati hari-hari
datang dan pergi
suram
hendak ku tangisi
tiada berair mata
segala yang terjadi
mesti ada sebabnya
namun
masih kukaji
masih jua kuteliti
sebabnya
teringat
kisah zaman kecilku
selepas merangkak
ingin pula ku bertatih
jatuh, luka hanya mainan
kerana keinginan untukku berdiri
berjalan di atas kaki sendiri
kini
aku mencari kembali
kekuatanku ketika itu
bila jatuh
haruslah aku berdiri
bangkit kembali
untuk meneruskan perjalanan hidup ini
aku ingin
menjadi lebih matang
agar aku mampu
berdikari dengan sendiri


