diingatkan bahawa entri ini berbaur IRI HATI, KECIL HATI, MAKAN HATI, AMEK HATI dan semuanya TENTANG HATI
1.'dia' yang bernilai ribuan ringgit itu tidak boleh dicalarkan walau sedikit pun.
2.'dia' yang bernilai ribuan rinngit itu tidak boleh berada dibelakang lori@bas yang mengeluarkan asap hitam berkepul-kepul sebab tak mau kotor.
3.'dia' yang bernilai ribuan ringgit itu baru lahir 3 hari dah nak p basuh sebab nampak kotor.
4.'dia' yang benilai ribuan ringgit itu mahu dipakaikan dengan rim yang dasyat,hebat.
5.'dia' yang bernilai ribuan ringgit itu perlu diparking bawah bumbung.
6.'dia' yang bernilai ribuan ringgit itu tak boleh menapak atas jalan tanah merah takot kotor.
Aku pikir mungkin sebab nilah hantaran kawen zaman sekarang naik melambung. Sebab suma pompuan pun mau di treat macam 'dia'. Ya la. Jadi suma pompuan akan pikir KALAULAH hantaran ribuan ringgit:
1.mesti tak payah wat house chores, bimbang terluka jari, terkasar tangan
2.mesti set bilik tidur dilengkapi kelambu persis puteri raja, bimbang terkena gigitan nyamuk yang mungkin meninggalkan kesan degil parut di tubuh badan
3.mesti dielakkan dari terkena asap nikotin, tar, kafein yang berkepul-kepul dari naga tasik chini yang kompem-kompem membahayakan kesihatan
4.mesti akan dipakaikan baju yang cantek dan mahal, mau setanding dengan rim yang cantek lagi mahal tadi
5.mesti berjalan dipayungi sepanjang masa bimbang itam terkena panahan matahari yang terik
Tapi itu semua hanya KALAULAH. Berangan la. Kalau demand tinggi alamatnya tak laku la. Apa boleh buat. 'Takhta' jatuh dengan 'dia' yang bernilai lebih tinggi dari anda. Even kalau mereka claim yang anda ni HARTA YANG TAK TERNILAI.
Sebelum ni aku jadi bini no 2 selepas BOLA. Bajet best la sebab bini muda.
Tapi sekarang aku dimadukan lagi. Ada lagi bini no 3 yang nyata-nyata lebih muda dari aku.
p.s:normal tak aku jeles ngan benda?


